ashaari shamsuddin - Google Blog Search |
| KUBAHbesi: <b>ASHAARI SHAMSUDDIN</b> TONGGAK TERENGGANU Posted: 09 Sep 2011 08:12 AM PDT Sekarang heboh diperkatakan mengenai kenyataan Neil Warnock , pengurus pasukan Queens Park Rangers, yang mengatakan pemain tengah Terengganu, merangkap pemain skuad Harimau Malaya , Ashaari Shamsuddin (atau Ashaari Samsudin) mempunyai nilai untuk diketengahkan. Pada saat ramai mempersoalkan tindakan K Rajagobal yang sentiasa meletakkan Ashaari di bangku simpanan dengan menaruh harapan sepenuhnya terhadap Amirul Hadi dan terbaru Ismail Faruqi, pengurus QPR pula tampil dengan pendapatnya yang tersendiri. Walaupun bukan memberi jaminan bahawa beliau akan dipanggil untuk "call up trial" bersama Queens Park Rangers, namun itu semua memberi keyakinan bahawa Ashaari juga merupakan seorang pemain yang berkualiti. Nama Ashaari sememangnya jarang dikenali, lebih-lebih lagi sebelum beliau menjaringkan gol dalam Final Piala Suzuki di Bukit Jalil tahun lalu. Namun begitu, kelibatnya sudah lama disedari oleh peminat-peminat negeri kelahirannya, iaitu Terengganu. Antara persembahannya yang menarik ialah pada pusingan separuh akhir bola sepak SUKMA 2008 apabila menjaringkan hatrik bagi pasukannya untuk membenam Kedah, 3-0. Pada perlawanan menentang Perlis yang berkesudahan dengan kemenangan 5-1 oleh pasukan Terengganu, Ashaari turut muncul sebagai penjaring, di samping Abdul Manaf Mamat dan Ismail Faruqi. Bermain di posisi tengah untuk pasukan Terengganu dan kebangsaan, Ashaari Shamsuddin sering bertindak sebagai pemain yang berkebolehan untuk melakukan hantaran tepat untuk penyudah dilakukan oleh pemain penyerang. Ashaari mempunyai keupayaan untuk menggelecek dua atau tiga pemain, walaupun seringkali gagal atau terjatuh apabila tibanya pemain ketiga. Harus diingat, gol cantik Safee Sali pada final Piala Suzuki di Stadium Bung Karno merupakan hasil lorongan cantik Ashaari Shamsuddin yang pantas mendahului dua atau tiga pertahanan Indonesia. Walaupun bertindak selaku pemain tengah, beliau memang berkebolehan menjaringkan gol, dan kebanyakkan gol yang dihasilkan merupakan hasil daripada teknik individu dan berkelas dunia. Safee Sali ketika ditemuramah oleh wartawan tv3 menyifatkan beliau sebagai seorang yang tenang melakukan aspek penyudah. Pada musim Liga Super 2009, beliau mucul selaku penjaring kedua terbanyak selepas Nizaruddin Yusuf dengan 17 gol. Pada musim 2010 pula, giliran beliau pula merangkul gelaran Kasut Emas dengan 18 gol. Beliau dipanggil oleh B Sathianathan pada tahun 2008 ketika Kejohanan Pestabola Merdeka, dan ketika perlawanan pertama beliau sewaktu menentang Vietnam, beliau berjaya menjaringkan 2 gol, dengan satu gol merupakan hasil daripada percubaan "half volley" daripadanya. B Sathanathan dipecat pada awal tahun 2009, dan ia mengambil masa selama lebih kurang 1 tahun untuk Ashaari dipanggil semula menyertai skuad kebangsaan oleh K Rajagobal, kali ini untuk perlawanan persahabatan menentang Yaman, pada Februari 22 2010. Sekali lagi beliau menampilkan aksi memuaskan, apabila salah satu percubaan beliau terkena palang gol pasukan lawan. Malaysia menang pada waktu itu, dengan gol hasil sepakan percuma menarik Badroll Bakhtiar. Ketika kejohanan AFF Suzuki 2010, Ashaari diletakkan selaku pemain simpanan, dan kalau tak silap, hanya pertama kali diturunkan ketika perlawanan separuh akhir menentang Vietnam di Bukit Jalil. Pada perlawanan akhir pertama, beliau digantikan dengan AmirulHadi Zainal dan berjaya menjaringkan gol, hasil rembatan di dalam kotak penalti, menewaskan Markus penjaga gawang Indonesia. Rata-rata peminat Malaysia pada masa itu baru mengenali Ashaari Shamsuddin, malah Richard Scully yang menjadi pasangan Datuk Hasbullah turut tidak mengetahui nama pemain tersebut. Apa yang diungkapkan beliau pada waktu itu ialah " hasil daripada pergerakan Norshahrul yang memberi bola itu kepada penjaring tadi", tanpa menyebut nama Ashaari Shamsuddin.Pada final kedua Ashaari akhirnya diturunkan sebagai pemain kesebelasan utama, dan digantikan oleh Amri Yahyah pada separuh masa kedua. Ramai tertanya-tanya keputusan Rajagobal untuk tidak menurunkan Ashaari pada perlawanan pusingan kelayakan Piala Dunia. Memang betul Ashaari kadang-kadang kehilangan bola, tetapi itu juga harus dikira berdasarkan kepada persefahaman dalam pasukan. Beliau mempunyai teknik yang baik untuk menjaringkan gol, berbanding S Kunanlan yang cuma bijak membawa bola tetapi tiada teknik penyudah. Amirul Hadi merupakan pemain yang bagus tetapi lihatlah sudah berapa lama dia berada dalam skuad Harimau Malaya. Ashaari harus diberi peluang untuk membuktikan kemampuannya, sekurang-kurangnya berilah beliau kesempatan untuk bermain selaku kesebelasan utama. Full content generated by Get Full RSS.*Facebook beliau ialah Samsudin Ashari. |
| You are subscribed to email updates from ashaari shamsuddin - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

ashaari shamsuddin - Google Blog Search
0 ulasan:
Catat Ulasan