Rabu, 23 Mei 2012

ashaari shamsuddin - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

ashaari shamsuddin - Google Blog Search


<b>Ashaari Shamsuddin</b>: <b>ashaari shamsuddin</b> - Google Blog Search

Posted: 06 May 2012 09:15 PM PDT

URL Sumber Asal :-

<b>Ashaari Shamsuddin</b>: <b>ashaari shamsuddin</b> - Google Blog Search

Posted: 06 Apr 2012 09:15 PM PDT

URL Sumber Asal :-

Rakyat Tranung (RAKTRA): <b>Ashaari Shamsuddin</b> dan MBFM <b>...</b>

Posted: 20 Dec 2011 08:52 PM PST

Penyerang skuad Penyu, Ashaari Shamsuddin merangkul Anugerah Belia Negara peringkat negeri bagi kategori Daya Juang Malaysia Boleh malam tadi.
Anak jati Bukit Payong, Marang itu yang membawa Skuad Penyu juara Piala FA, naib juara Liga Super dan Liga Malaysia memperolehi wang tunai RM3,000 dan piala iringan yang disampaikan Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri, YB. Rozi Mamat.
Ashaari ketika ditemui berkata, pengiktirafan itu memberi tiupan semangat kepadanya membawa nama 'Belia Terengganu' mengukir kejayaan bukan sahaja di peringkat negeri malah ke tahap yang lebih tinggi.
"Kejayaan ini bukan untuk saya seorang malah untuk dikongsi semua anak Terengganu yang berjuang dalam arena bola sepak negara kerana Bola Sepak telah menaikkan imej negeri," katanya yang pernah dinobatkan Pemegang Kasut Emas tahun 2010.
Anugerah sejak tahun 1988 itu bertujuan untuk memberi penghargaan dan pengiktirafan di atas pencapaian belia dalam pelbagai bidang serta menggalakkan penyertaan golongan itu dalam kerja sukarela dan kemasyarakatan.
Turut hadir pada majlis di Primula Hotel, Kuala Terengganu Pengerusi Majlis Belia Negeri Terengganu (MBNT), Mat Yusof Mat Ali.
Kategori Tokoh Belia Lelaki dan Wanita masing-masing dianugerahkan kepada Mat Yusof dan Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Chalok, Setiu, Che Dayang Che Sulaiman yang membawa pulang wang tunai RM3,000 dan piala iringan setiap seorang.
Sementara itu, Pembantu Unit Komunikasi, Amirullah Othman meraih Kategori Aktivis Sosial, Pengerusi Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) Terengganu, Mohd Fauzi Mat Adam (Kategori Kepimpinan) dan wakil Malaysia ke Pertandingan World Skills ke-35 di Montreal, Suramzi Muda (Kategori Inovasi dan Kreativiti).
Turut mendapat pengiktirafan, pengusaha cendawan syarikat Fatisha Agro, Rusila Yusof (Kategori Usahawan Agro) dan pemilik Bie Beuty Salon, Robiah Mohamad (Kategori Usahawan).
Semua pemenang membawa pulang wang tunai RM3,000 dan piala iringan yang disampaikan Rozi.
Bagi Anugerah Perdana Pertubuhan Belia Peringkat Daerah, Persatuan Belia Fajar Meyinsing dipilih untuk Daerah Kuala Terengganu, Persatuan Belia Setia Pakat (Marang), Persatuan Belia Felda (MBFM) Kertih Satu (Dungun) dan Persatuan Belia Seri Kertih (Kemaman). Empat persatuan itu menerima piala iringan dan wang tunai RM10,000.
Bagi peringkat negeri, Persatuan Belia (MBFM) Felda Bukit Bading, Hulu Terengganu meraih Anugerah Perdana Pertubuhan Belia Peringkat Negeri dan layak menerima wang tunai RM10,000 serta piala iringan.
Pada majlis itu, Rozi turut melancarkan 'Utusan Belia' yang diterbitkan MBNT sebagai medium kominikasi antara pemimpin dan kira-kira 35,000 ahli serta lebih 540 persatuan belia di Terengganu.

<b>Ashaari Shamsuddin</b> Terima Anugerah Belia Negara Terengganu <b>...</b>

Posted: 21 Dec 2011 05:06 PM PST

KUALA TERENGGANU, 21 Dis (Bernama) — Penyerang tengah skuad bola sepak Terengganu, Ashaari Shamsuddin menerima Anugerah Belia Negara 2011 peringkat negeri atas sumbangannya kepada kejayaan sukan bola sepak Terengganu.

Beliau menerima wang tunai RM3,000 dan piala iringan daripada Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri, Rozi Mamat dalam majlis di sini Rabu.

Ashaari turut membantu membawa skuad Liga Super Terengganu menjuarai Piala FA, naib juara Liga Super dan Liga Malaysia musim ini.

"Kejayaan ini bukan untuk saya seorang malah untuk dikongsi bersama oleh semua anak Terengganu yang berjuang dalam arena bola sepak negara yang telah berjaya menaikkan imej negeri," katanya kepada pemberita selepas majlis tersebut.

Beliau juga menerima dua anugerah lain iaitu Anugerah Setia Tempatan dan Anugerah Perkasa.

Di majlis itu juga, Pengerusi Majlis Belia Negeri Terengganu, Mat Yusof Mat Ali Yusof dianugerahi Tokoh Belia Lelaki sementara Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Chalok, Setiu, Che Dayang Che Sulaiman menerima anugerah Tokoh Belia Wanita yang masing-masing membawa pulang wang tunai RM3,000 dan piala iringan.

Anugerah dalam lain-lain kategoti turut disampaikan.

– BERNAMA

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Ashaari Shamsuddin

Copyright 2010 All Rights Reserved