Selasa, 30 April 2013

ashaari shamsuddin - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

ashaari shamsuddin - Google Blog Search


Penyu kutip 3 mata, <b>Ashari</b> dapat kad merah | Terengganu Today

Posted: 26 Apr 2013 07:05 PM PDT

Manaf Mamat melorongkan bola kepada Ashari Samsuddin.

Manaf Mamat melorongkan bola kepada Ashari Samsuddin.

MOHD Ashaari Shamsuddin muncul wira Terengganu selepas jaringannya pada minit ke-93, memastikan skuad Penyu mengutip tiga mata penuh apabila menewaskan Negeri Sembilan 1-0 di Stadium Sultan Nasiruddin Shah, hari ini. Namun kemenangan pasukan Penyu itu terpaksa dibayar dengan harga yang mahal apabila Ashari diperintah keluar padang selepas mengutip 2 kad kuning kerana mengasari pemain Negeri Sembilan.

Kemenangan itu membolehkan pasukan bimbingan E. Elavarasan naik satu anak tangga – menduduki tempat keenam liga dengan mengutip 20 mata selepas 14 perlawanan setakat ini.

Sementara itu, Negeri Sembilan pula kekal di tangga tercorot liga dengan rekod tanpa kemenangan apabila hanya mencatat tujuh seri dan tujuh kali tewas.

Perlawanan seterusnya, Terengganu akan bertemu Lions XII di Stadium Sultan Nasiruddin Shah manakala Negeri Sembilan menentang Perak di Stadium Ipoh 7 Mei ini.-sinar harian, gambar fb ganusoccer.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Ashaari Shamsuddin

Copyright 2010 All Rights Reserved