ashaari shamsuddin - Google Blog Search |
| Saha janji bantu Terengganu balas dendam pada Kelantan <b>...</b> Posted: 19 Jun 2013 06:35 PM PDT Kekalahan dalam separuh akhir Piala FA kepada Kelantan baru-baru ini masih terasa kepada Ashari Samsuddin serta rakan sepasukan sekaligus meranapkan impian mara ke final buat kali keempat. Justeru pada perlawanan liga super kali ini bakal dijadikan medan balas dendam dan pada masa yang sama memperbaiki kedudukan dalam liga. "TIPU jika cakap saya tiada tekanan." Itu reaksi penyerang berbisa Terengganu, Mohd. Ashaari Shamsuddin menjelang pertemuan menentang Kelantan pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu malam esok. Ashaari atau lebih dikenali sebagai Saha kini menjadi taruhan terbaik Terengganu selepas dua rakan gandingannya, Abdul Manaf Mamat dan Jean-Emmanuel Effa Owona terpaksa disisihkan untuk aksi tersebut. Ini kerana, kedua-dua pemain itu terpaksa menjalani penggantungan perlawanan selepas menerima kad merah pada aksi separuh akhir kedua Piala FA menentang Kelantan bulan lalu. Tonggak pertahanan import dari Cameroon, Vincent Bikana turut menyertai dua penyerang Terengganu itu kerana masalah yang sama selepas mengumpul enam kad kuning dalam saingan liga. Begitupun, Ashaari menegaskan, situasi itu bukan satu alasan untuk tidak menampilkan aksi cemerlang terutama ketika bermain di depan penyokong sendiri. "Ketiadaan Manaf dan Effa bakal memberikan sedikit kesan pada jentera serangan kami. "Seperti yang saya katakan sebelum ini, tekanan itu sentiasa menyelubungi mana-mana pemain terutama yang menjadi sandaran penting buat pasukan untuk menjaringkan gol. "Namun, bola sepak adalah permainan yang menerapkan kerjasama pasukan. Bagi saya, kami perlu berkerja lebih keras serta komitmen tinggi sepanjang 90 minit perlawanan berlangsung. "Apa pun, saya yakin Terengganu sudah bersedia memberikan aksi terbaik demi penyokong-penyokong sendiri bagi mengutip tiga mata penuh," katanya ketika dihubungi Kosmo! kelmarin. Bagi mengekang asakan lawan, Ashaari menggesa rakan-rakan sepasukannya supaya tidak membenarkan tiga tonggak utama The Red Warriors iaitu Mohd. Badhri Mohd. Radzi, Mohd. Shaakir Ashaari dan Indra Putra Mahayuddin menguasai tempo perlawanan. "Mereka bukan sahaja bagus daripada segi hantaran pendek atau panjang, tetapi memiliki kebolehan untuk menjaringkan gol daripada sudut-sudut sukar. "Perkara seperti itu harus dielakkan dan kami harus tahu bagaimana mahu menyekat mereka? Jawapannya adalah kami tidak boleh membenarkan mereka menguasai bola. "Bukan benteng pertahanan Terengganu sahaja harus berkerja keras, tetapi 11 pemain Terengganu harus memastikan mereka tidak mendapat ruang yang selesa terutama di kotak penalti kami," katanya.-kosmo, buletin tfc. |
| You are subscribed to email updates from ashaari shamsuddin - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

ashaari shamsuddin - Google Blog Search
0 ulasan:
Catat Ulasan