Sabtu, 28 September 2013

ashaari shamsuddin - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

ashaari shamsuddin - Google Blog Search


<b>Ashaari Shamsuddin</b> kekal di Terengganu tahun depan ABN News <b>...</b>

Posted: 26 Sep 2013 12:36 AM PDT

KUALA TERENGGANU – Pemain serba boleh, Muhamad Ashaari Shamsuddin kekal bersama pasukan bola sepak Terengganu untuk musim depan.

Pengurus pasukan Marzuki Sulong berkata, turut dikekalkan dalam pasukan itu ialah pemain import Vencet Vikana.

Terengganu masih memerlukan khidmat dan tenaga Ashaari untuk memantapkan pasukan manakala Vikana pula telah memberikan sumbangan besar kepada pasukan Terengganu sepanjang Liga Malaysia musim ini, katanya.

Marzuki berkata selain itu, pihaknya telah selesai membuat penilaian prestasi pemain-pemain skuad Terengganu dan pengumuman mengenai perkara itu akan dibuat apabila jawatankuasa eksekutif Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) bermesyuarat minggu depan.

"Mesyuarat itu akan dipengerusikan Yang Dipertua PBSNT yang baru, Datuk Wan Mohd Nizam Wan Hamid," katanya hari ini.

Ditanya mengenai laporan akhbar kononnya Terengganu melamar ketua pasukan Kelantan Mohd Badhri Radzi untuk musim depan, beliau berkata: "Biarlah kita senyapkan dulu perkara itu". – Bernama

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Ashaari Shamsuddin

Copyright 2010 All Rights Reserved